Jumaat, 5 Februari 2021

PDPR Pendidikan Islam Tahun 6 minggu 3 - JAWI


Hari : Jumaat
Tarikh : 5.2.2021
Matapelajaran : Pendidikan Islam
Bidang : Jawi
Tajuk : Sains & Teknologi
SK 7.1
SP 7.1.1


Teks : Sains dan Teknologi

OBJ : Murid dapat ;
1.Membaca teks jawi dgn betul
2.menyebut perkataan pilihan dengan betul
3.menulis semula perkataan pilihan dengan betul

Aktiviti :

1. Pelajaran jawi pada hari ini masih didalam tajuk yang sama iaitu Sains & Teknologi. Murid - murid boleh rujuk buku teks muka surat 51 - 54.
2. Dalam tajuk ini, murid - murid akan jumpa banyak perkataan - perkataan saintifik yang jarang murid - murid jumpa atau dengar yang ditulis dalam tulisan jawi.
3. Banyak daripada perkataan - perkataan tersebut adalah perkataan pinjaman daripada bahasa inggeris.
4. Sila baca teks yang bertajuk 'Pengesan Produk Halal' pada muka surat 54.
5.  Didalam teks tersebut terdapat beberapa istilah saintifik yang ditulis dalam tulisan jawi. Cuba murid - murid perhatikan dengan teliti cara ejaan perkataan tersebut dalam tulisan jawi.
6. Sebagai latihan, Didalam buku teks pendidikan islam muka surat 56 bahagian minda aktif, sila tulis perkataan - perkataan pada soalan 1 tersebut kemudian tukarkan perkata - perkataan tersebut dalam tulisan rumi. Saya sertakan gambar soalan.


7. Sila buat didalam buku tulis yang sama dengan kerja ulum.
8. Itu sahaja untuk pelajaran jawi pada minggu ini. Sekian Terima kasih!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PDPR Bahasa Arab - Minggu 3

Assalamualaikum.  صباح الخير.. كيف حالكم جميعا.. Untuk PDPR Bhs Arab minggu ini. Jumaat 05.02.2021. Tajuk pertama Bahasa Arab tahun 6